Powered By Blogger

Search This Blog

Followers

Oct 4, 2010

Bila kita bermain dengan cahaya lampu ...

KEBANYAKKAN gambar yang kita ambil biasanya berkaitan dengan permandangan, individu tertentu, sesuatu benda yang menarik @ kelakar maupun fesyen pakaian yang di pakai ...

PADA kali ni aku sempat bergambar dengan cahaya ... pelbagai aksi ... pelbagai gaya ... pelbagai warna cahaya lampu ... pelbagai bentuk lampu ... dan macam macam lagi ....

TERLETAKNYA di shah alam ... tidaklah terlalu jauh untuk aku menyusuri jalan raya untuk menuju ke tempat yg diberi nama i-CITY ....

YANG penting tempat ni mudah untuk di cari ... disediakan kawasan letak kereta yang luas dan permandangn yang begitu menarik ....

Ikutila perjalanan cerita & gambar2 menarik dari aku di dunia i-city ini ...


YANG aku tau pasal i-city ni melalui member aku di facebook ... Bila lihat dari gambar dia aku rasa macam menarik sangat untuk di singgah ... Tanpa buang masa aku mula plan dengan member aku 'ejal' untuk kesana ... Sebab dia la satu2nya member aku yg ade camera lanser yang besar ... Dengan mencari arah di internet akhirnya aku sampai jua kesana tanpa sebarang kesulitan ... Ini kerana setiap tanda jalan lebuhraya ade tertera perkataan i-city ...

SEBELUM menjejak kaki di i-city ini, dari jauh kita boleh lihat kilauan cahaya lampu yg terpancar di merata tempat ... Bila berada si depan mata, baru kita tahu betapa menarik rupanya cahaya lampu bila digabungkan antara warna cahaya yang dibentuk menjadi pelbagai bentuk sama ada flora maupun fauna ... bentuk haiwan maupun bangunan ...

DI bawah terdapat beberapa kepingan gambar menarik sepanjang berada di i-city ...
















MENARIK bukan ... Masa ni boleh la berangan macam model ... tapi kena ingat bila lampu kiri kanan atas dan bawah ... suhu yang kita akan rasa akan berlainan dengan yang asal ... kerana suhu panas akan meningkat ....

SELAIN diluar taman terdapat pameran lampu di dalam bangunan ... Mempelbagaikan kombinasi lampu membentuk perayaan masyarakat di malaysia seperti hari raya, tahun baru cina, deepavali dan krismas ...

BAGI bayaran pula, pada mulanya semuanya adalah percuma ... Tapi sekarang berbayar dari tempat letak kereta sehingga la beberapa lokasi lampu yang terbaru seperti taman dinasor dan lain-lain ... Yang paling teruja sekarang dah ada skrin TV besar seperti wayang besar ...


UNTUK akhir kata, dengan adanya info dan gambar2 yang menarik dari aku boleh la di jadikan sebagai info untuk semua .....


selamat bergambar ....

1 comment:

JUSTRIEZAL said...

hahha mmg best bro i city nie...dlu msuk pree jer...skrg dh berbayor...posing kt sana pon best gak huhuhuhuhuhu