Powered By Blogger

Search This Blog

Followers

Jun 24, 2011

FUYO!!! ... Naik Bukit Guna Train ...






Bila aku pergi penang orang selalu tanya ... Ade pergi bukit bendera? ... Soalan yang buat aku tertanya2 ... Ada apa dekat bukit bendera tu ... Dengan rajin aku pun buka internet untuk lihat apa yang ada disana ... Apa yang aku lihat cuma train berbentuk keretapi pendek yang menegak digunakan untuk menuju ke dentinasi puncak ... Erti kata lain naik bukit tak perlu mendaki ...










Kebetulan destinasi aku ke penang sempena cuti untuk lepaskan tention kerja ... Aku plan dengan member untuk ke bukit bendera ... Ada khabar angin mengatakan Bukit Bendera terlalu usang dengan train yang sudah lama dan agak merbahaya ... Ade juga mengatakan Bukit Bendera sudah tutup selama 3 bulan untuk pembaikpulih kerana anjing liar selalu berkeliaran di litar elektrik menyebabkan train selalu terhenti ... Ada sedikit rasa kecewa ... Akan tetapi nasib aku baik kali ni ... Bukit bendera versi baru sudah dibuka untuk pengunjung selepas 4 hari ... Apa yg aku lihat ... Semuanya baru tak sama dengan apa yang aku lihat di internet ... Wah!! maju penang sekarang ada tempat daya tarik pelancung yang baru ...

















Pada harga pula ... Untuk yang ada MyCard cuma RM 8 ... Pada yang tiada Mycard RM 30 dikenakan ... Apa yang ada dipuncak ... Cuaca sejuk sikit ... Masjid lama ... Kuil lama ... Balai polis lama ... Klinik lama ... Yang menarik ada meriam lama peninggalan zaman penjajahan british dulu ... Dan ade juga pakej menaiki mini car untuk melawat sekitar kampung ... Suasana di puncak seperti kita berada di zaman klasik dulu2 ...


Enjoy With My PIc ya ......
























Mar 22, 2011

Penuh dgn HIJAU ...

CAMERON HIGHLAND ... siapa yg duduk semenanjung yang tidak pernah pergi cameron highland mesti rugi ... ini adalah salah satu tempat yang wajib dikunjungi ... boleh dijadikan tempat percutian keluarga ... rombongan ... maupun untuk para pelajar menjalankan penyelidikan tentang tumbuhan dan georgrafi di muka bumi ...









Sebut je mana letaknya ladang teh ataupun starwberry pasti akan menyebut nama tempat ini ... Terletaknya di Negeri Pahang berdekatan dgn Negeri perak ... Cameron highland terletak di tanah tinggi yang mempunyai suhu sejuk sederhana yang sesuai untuk segala jenis tanaman sayur-sayuran, bunga-bungan dan pelbagai buah-buahan ... tidak susah sekiranya ingin bertolak dari Kuala Lumpur ... kerana dengan kemudahan jalan raya yang selesa hanya mengambil masa 3 jam untuk sampai ke destinasi ...



Sepanjang aku berada di sini ... pasti akan meninggakan kenangan yang manis ... aku dapat merasai sendiri bagai mana kita di kelilingi dengan tumbuhan hijau ... dengan cuaca yang sejuk berbeza dengan keadaan cuaca di tempat aku sendiri di KL





Permandangan tak payah nak cakap le ... tengok je la apa yg sempat aku snap ni ....