Powered By Blogger

Search This Blog

Followers

Oct 16, 2010

i-city kali kedua - ada benda menarik ...

SEBENARNYA ni bukan kali kedua aku menjelajah ke dunia cahaya neon ... dah banyak kali ... tapi saje nak kongsi pengalaman dengan sesuatu yang baru ...




KALI ni i-city ade sesuatu yang baru yang diberi nama taman haiwan ... pelbagai bentuk patung binatang yang boleh kita lihat ...





DARI zaman purba iaitu dinasor ...

haiwan darat seperti panda dan kuda ...

haiwan tertinggi di dunia seperti zirafah ...

haiwan liar seperti harimau ...

tak lupa juga haiwan laut seperti kuda laut ...

haiwan terbesar di dunia seperti gajah ...

haiwan serangga seperti belalang ...

haiwan dua alam seperti katak ...

dan haiwan yang boleh terbang seperti kumpulan bangau ...



BOLEH di ibaratkan haiwan tu seperti hidup ... kalau nak pegang yang hidup pasti berisiko ... dah ada yang patung ni anggap je la kita bersama haiwan tu .... huhuhuhu





DENGAN adanya tempat sebegini boleh la dijadikan hiburan sekeluarga terutama dihujung minggu ... pada yang berkasih ni la masanya untuk tempat berdating ... huhuhu


PADA kadar bayaran dikenakan rm2 untuk satu orang ... kanak kanak bawah 12 tahun macam biasa free ...

Oct 14, 2010

Aku lah si Mat Bunga .... hehehe

BILA nak di ceritakan tentang pengalaman aku ni rasanya macam dah terlalu lama rasanya ... tapi sayang lak kalau tak kongsi pengalaman aku ni pada umum ...














TIAP tahun negara kita akan mengadakan satu festival yang boleh dibanggakan sehingga ke luar negara iaitu FESTIVAL BUNGA DAN TAMAN ... tahun ini bertempat di putrajaya ... pameran bunga ini berjaya menarik perhatian di seluruh dunia dengan cara ini para pengunjung dapat menikmati suasana taman yang menyegarkan kerana kesemua bunga yang dipamirkan adalah asli 100% ...










PELBAGAI jenis bunga dipamerkan di festival ini ... diantaranya bunga raya, bunga melur, bunga kekwa. bunga ros dan bermacam2 jenis bunga lain ... dengan ini ia berguna juga untuk pengetahuan para pelajar yang datang dari pelbagai sekolah secara rombongan untuk mengetahui tentang flora yang ada di malaysia ini ...

BAGI peminat bunga inilah kesempatan yang boleh diambil untuk mengetahui tips2 yang berguna untuk mereka ... selain itu ade juga dia jual beberapa jenis benih bunga baka baru, baja untuk pembesaran bunga, jenis tanah untuk kesesuaian tanaman bunga, peralatan berkebun dan koleksi pasu ... terdapat juga kios2 yang membolehkan pengunjung membeli cenderahati sebagai kenang2an ... selain itu ade juga dilakukan program seperti pertandingan membina taman antara sekolah dan antara universiti, melukis gambar, membina arca dan sebagainya ... untuk memeriahkan lagi hari2 festival ini terdapat juga pertunjukkan kebudayaan ...

















DENGAN kesempatan ini sempat juga aku bergambar untuk koleksi gambar aku ... jangan takut festival ini saban tahun disambut ... jadi boleh jumpa tahun depan dan tahun demi tahun ...

















Oct 10, 2010

Seronoknya jadi ikan kan .....

SESIAPA yang pergi KLCC rugi kalau tak singgah AQUARIA KLCC ... Seperti yang kita dengar Aquarium di langkawi, penang maupun singapura ... Aquaria KLCC tak kurang hebatnya dengan pelbagai spesis ikan dari laut ... Dengan lokasi yang begitu menarik dan mudah di cari tak di jangka Aquaria KLCC ini sentiasa di penuhi dengan ramai pengunjung dari dalam dan luar negara ...

BAGI bayaran pula boleh dikatakan berpatutan dan pada yang mempunyai MYkad terutama rakyat Malaysia kadar discount sudah pasti diterima ... Apa yang pasti daya tarikan dan suasana yang begitu menarik di dalam Aquaria ini ... Ikuti pengalaman aku bersama member aku 'Ejal' fotografer berpengalaman yang merakam sepanjang perjalanan di Aquaria ini ...




MULA2 sebelum melangkah ke dalam aquaria yang dipenuhi dengan ikan laut ... Kita perlu meredah dahulu tempat yang dipenuhi dengan hidupan darat iaitu serangga ... Pelbagai jenis serangga yang boleh kita jumpa di sini dari kecil seperti semut, haiwan di dalam tanah seperti tikus, serangga yang boleh terbang seperti rama2 dan haiwan lain seperti jenis cicak ... tujuannya tak pasti ... mungkin untuk meriah kan perjalanan kita sebelum masuk ke dalam aquaria ini ...

BILA dah masuk ke tempat yang hendak dituju rasa nak peluk je tangki ikan ni ... sebab tangki ikan ni cantik ... kalau letak kat rumah ni tiap2 hari nak tengok ...

AQUARIA ini boleh di kategorikan seperti aquarium yang besar membolehkan sesiapa yang ingin mengetahui kehidupan di dalam dasar laut ...



MAKA bermula la destinasi kita di dalam terowong Aquaria untuk melihat kehidupan laut dengan lebih dekat lagi ...

DI sini terdapat pelbagai spesis lautan yang dipamerkan di dalam aquaria ini ... Dari yang spesis yang kecil sehingga la spesis yang besar. Diantara jenis ikan yang ade ialah tuna, jerung, kala kuning, pari dan juga spesis lain seperti penyu, udang dan sotong ... selain itu juga terdapat obor2 tetapi di dalam tangki yang lain ... Aquaria yang terbesar di malaysia ini boleh dilihat dengan lebih dekat melalui terowong kaca tanpa perlu kita berjalan ... ia juga sesuai untuk kunjugan keluarga, rombongan sekolah untuk pendidikkan sekali gus sebagai salah satu destinasi pelancongan ...

























KITA juga boleh mengalami sendiri suasana kehidupan laut yang sebenar secara langsung tanpa perlu berenang ke dasarnya ... selain itu terdapat pakej yang membolehkan seseorang berenang di dalam tangki ini yang dipenuhi ikan dengan menggunakan tangki oksigen seolah olah kita berenang di dasar laut ... tetapi ada pengawasan dari pihak aquaria untuk keselamatan ... mungkin akan menjadi satu pengalaman yang begitu teruja dan menarik kerana dapat berenang bersama spesis ikan terutama bila kita dapat menyentuh jerung haiwan yang di anggap merbahaya atau ganas di dalam laut ...












PASTINYA pengalaman sebegini pasti akan tercuit di dalam kenangan kita ... sebagai rakyat malaysia kita patut berbangga kerana adanya tempat begini di dalam negara kita ...



selamat menjelajah ...

Oct 8, 2010

Melihat kuala lumpur dari atas .....

TERLETAK ditengah2 bandaraya Kuala Lumpur berdiri megahnya sebuah menara yang paling tinggi di Malaysia ... Menara yang di beri nama MENARA KUALA LUMPUR ini berketinggian 421 meter dan terletak di atas Bukit Nenas ... Pada ketinggian di dunia berkedudukan di tangga ke 5 selepas menara Borj-e Milad dari Taheran pada ke tinggian 435 meter ...

PADA pengalaman aku diatas menara KL ini sempat aku menikmati keindahan KL yang menarik, melihat reka bentuk permukaan bumi, bangunan2 yang tersergam indah atas dasar pembangunan dan mcm2 lagi ... Terima kasih juga pada member aku 'Eric' kerana dia la membolehkan aku bebas berada diatas maklumla dia adalah salah satu staff yang bekerja disana ...

MENARA yang dirasmikan oleh Tun Dr. Mahathir Mohamad pada 1 Oktober 1996 ini menawarkan pakej yang berpatutan harganya ... Disamping itu terdapat aktiviti2 lain yang ditawarkan sepanjang pengalaman berada di Menara KL ini ... Pengalaman ini boleh di kongsi dengan generasi baru yang ingin mengenali ibu negara Malaysia ..

Ikutilah pengalaman aku sepanjang berada di atas menara kebanggaan rakyat malaysia ini ...



* Untuk naik ke puncak menara macam biasa kita perlu menaiki lif.








* Sampai dia atas kita akan diberi alat mendengar sepanjang berada diatas ... Apa yang akan kita dengar ialah mengenai tempat2 yang ade di kuala lumpur ...











* Nak tengok apa yang ade di bandaraya kuala lumpur ... apa lagi guna la teropong yang disediakan ... macam skodeng KL gitu ... huhuhu








Apa yang aku nampak di teropong tu ... ni dia :-