Powered By Blogger

Search This Blog

Followers

Oct 10, 2010

Seronoknya jadi ikan kan .....

SESIAPA yang pergi KLCC rugi kalau tak singgah AQUARIA KLCC ... Seperti yang kita dengar Aquarium di langkawi, penang maupun singapura ... Aquaria KLCC tak kurang hebatnya dengan pelbagai spesis ikan dari laut ... Dengan lokasi yang begitu menarik dan mudah di cari tak di jangka Aquaria KLCC ini sentiasa di penuhi dengan ramai pengunjung dari dalam dan luar negara ...

BAGI bayaran pula boleh dikatakan berpatutan dan pada yang mempunyai MYkad terutama rakyat Malaysia kadar discount sudah pasti diterima ... Apa yang pasti daya tarikan dan suasana yang begitu menarik di dalam Aquaria ini ... Ikuti pengalaman aku bersama member aku 'Ejal' fotografer berpengalaman yang merakam sepanjang perjalanan di Aquaria ini ...




MULA2 sebelum melangkah ke dalam aquaria yang dipenuhi dengan ikan laut ... Kita perlu meredah dahulu tempat yang dipenuhi dengan hidupan darat iaitu serangga ... Pelbagai jenis serangga yang boleh kita jumpa di sini dari kecil seperti semut, haiwan di dalam tanah seperti tikus, serangga yang boleh terbang seperti rama2 dan haiwan lain seperti jenis cicak ... tujuannya tak pasti ... mungkin untuk meriah kan perjalanan kita sebelum masuk ke dalam aquaria ini ...

BILA dah masuk ke tempat yang hendak dituju rasa nak peluk je tangki ikan ni ... sebab tangki ikan ni cantik ... kalau letak kat rumah ni tiap2 hari nak tengok ...

AQUARIA ini boleh di kategorikan seperti aquarium yang besar membolehkan sesiapa yang ingin mengetahui kehidupan di dalam dasar laut ...



MAKA bermula la destinasi kita di dalam terowong Aquaria untuk melihat kehidupan laut dengan lebih dekat lagi ...

DI sini terdapat pelbagai spesis lautan yang dipamerkan di dalam aquaria ini ... Dari yang spesis yang kecil sehingga la spesis yang besar. Diantara jenis ikan yang ade ialah tuna, jerung, kala kuning, pari dan juga spesis lain seperti penyu, udang dan sotong ... selain itu juga terdapat obor2 tetapi di dalam tangki yang lain ... Aquaria yang terbesar di malaysia ini boleh dilihat dengan lebih dekat melalui terowong kaca tanpa perlu kita berjalan ... ia juga sesuai untuk kunjugan keluarga, rombongan sekolah untuk pendidikkan sekali gus sebagai salah satu destinasi pelancongan ...

























KITA juga boleh mengalami sendiri suasana kehidupan laut yang sebenar secara langsung tanpa perlu berenang ke dasarnya ... selain itu terdapat pakej yang membolehkan seseorang berenang di dalam tangki ini yang dipenuhi ikan dengan menggunakan tangki oksigen seolah olah kita berenang di dasar laut ... tetapi ada pengawasan dari pihak aquaria untuk keselamatan ... mungkin akan menjadi satu pengalaman yang begitu teruja dan menarik kerana dapat berenang bersama spesis ikan terutama bila kita dapat menyentuh jerung haiwan yang di anggap merbahaya atau ganas di dalam laut ...












PASTINYA pengalaman sebegini pasti akan tercuit di dalam kenangan kita ... sebagai rakyat malaysia kita patut berbangga kerana adanya tempat begini di dalam negara kita ...



selamat menjelajah ...

Oct 8, 2010

Melihat kuala lumpur dari atas .....

TERLETAK ditengah2 bandaraya Kuala Lumpur berdiri megahnya sebuah menara yang paling tinggi di Malaysia ... Menara yang di beri nama MENARA KUALA LUMPUR ini berketinggian 421 meter dan terletak di atas Bukit Nenas ... Pada ketinggian di dunia berkedudukan di tangga ke 5 selepas menara Borj-e Milad dari Taheran pada ke tinggian 435 meter ...

PADA pengalaman aku diatas menara KL ini sempat aku menikmati keindahan KL yang menarik, melihat reka bentuk permukaan bumi, bangunan2 yang tersergam indah atas dasar pembangunan dan mcm2 lagi ... Terima kasih juga pada member aku 'Eric' kerana dia la membolehkan aku bebas berada diatas maklumla dia adalah salah satu staff yang bekerja disana ...

MENARA yang dirasmikan oleh Tun Dr. Mahathir Mohamad pada 1 Oktober 1996 ini menawarkan pakej yang berpatutan harganya ... Disamping itu terdapat aktiviti2 lain yang ditawarkan sepanjang pengalaman berada di Menara KL ini ... Pengalaman ini boleh di kongsi dengan generasi baru yang ingin mengenali ibu negara Malaysia ..

Ikutilah pengalaman aku sepanjang berada di atas menara kebanggaan rakyat malaysia ini ...



* Untuk naik ke puncak menara macam biasa kita perlu menaiki lif.








* Sampai dia atas kita akan diberi alat mendengar sepanjang berada diatas ... Apa yang akan kita dengar ialah mengenai tempat2 yang ade di kuala lumpur ...











* Nak tengok apa yang ade di bandaraya kuala lumpur ... apa lagi guna la teropong yang disediakan ... macam skodeng KL gitu ... huhuhu








Apa yang aku nampak di teropong tu ... ni dia :-










































































Oct 4, 2010

Bila kita bermain dengan cahaya lampu ...

KEBANYAKKAN gambar yang kita ambil biasanya berkaitan dengan permandangan, individu tertentu, sesuatu benda yang menarik @ kelakar maupun fesyen pakaian yang di pakai ...

PADA kali ni aku sempat bergambar dengan cahaya ... pelbagai aksi ... pelbagai gaya ... pelbagai warna cahaya lampu ... pelbagai bentuk lampu ... dan macam macam lagi ....

TERLETAKNYA di shah alam ... tidaklah terlalu jauh untuk aku menyusuri jalan raya untuk menuju ke tempat yg diberi nama i-CITY ....

YANG penting tempat ni mudah untuk di cari ... disediakan kawasan letak kereta yang luas dan permandangn yang begitu menarik ....

Ikutila perjalanan cerita & gambar2 menarik dari aku di dunia i-city ini ...


YANG aku tau pasal i-city ni melalui member aku di facebook ... Bila lihat dari gambar dia aku rasa macam menarik sangat untuk di singgah ... Tanpa buang masa aku mula plan dengan member aku 'ejal' untuk kesana ... Sebab dia la satu2nya member aku yg ade camera lanser yang besar ... Dengan mencari arah di internet akhirnya aku sampai jua kesana tanpa sebarang kesulitan ... Ini kerana setiap tanda jalan lebuhraya ade tertera perkataan i-city ...

SEBELUM menjejak kaki di i-city ini, dari jauh kita boleh lihat kilauan cahaya lampu yg terpancar di merata tempat ... Bila berada si depan mata, baru kita tahu betapa menarik rupanya cahaya lampu bila digabungkan antara warna cahaya yang dibentuk menjadi pelbagai bentuk sama ada flora maupun fauna ... bentuk haiwan maupun bangunan ...

DI bawah terdapat beberapa kepingan gambar menarik sepanjang berada di i-city ...
















MENARIK bukan ... Masa ni boleh la berangan macam model ... tapi kena ingat bila lampu kiri kanan atas dan bawah ... suhu yang kita akan rasa akan berlainan dengan yang asal ... kerana suhu panas akan meningkat ....

SELAIN diluar taman terdapat pameran lampu di dalam bangunan ... Mempelbagaikan kombinasi lampu membentuk perayaan masyarakat di malaysia seperti hari raya, tahun baru cina, deepavali dan krismas ...

BAGI bayaran pula, pada mulanya semuanya adalah percuma ... Tapi sekarang berbayar dari tempat letak kereta sehingga la beberapa lokasi lampu yang terbaru seperti taman dinasor dan lain-lain ... Yang paling teruja sekarang dah ada skrin TV besar seperti wayang besar ...


UNTUK akhir kata, dengan adanya info dan gambar2 yang menarik dari aku boleh la di jadikan sebagai info untuk semua .....


selamat bergambar ....