Powered By Blogger

Search This Blog

Followers

Oct 10, 2010

Seronoknya jadi ikan kan .....

SESIAPA yang pergi KLCC rugi kalau tak singgah AQUARIA KLCC ... Seperti yang kita dengar Aquarium di langkawi, penang maupun singapura ... Aquaria KLCC tak kurang hebatnya dengan pelbagai spesis ikan dari laut ... Dengan lokasi yang begitu menarik dan mudah di cari tak di jangka Aquaria KLCC ini sentiasa di penuhi dengan ramai pengunjung dari dalam dan luar negara ...

BAGI bayaran pula boleh dikatakan berpatutan dan pada yang mempunyai MYkad terutama rakyat Malaysia kadar discount sudah pasti diterima ... Apa yang pasti daya tarikan dan suasana yang begitu menarik di dalam Aquaria ini ... Ikuti pengalaman aku bersama member aku 'Ejal' fotografer berpengalaman yang merakam sepanjang perjalanan di Aquaria ini ...




MULA2 sebelum melangkah ke dalam aquaria yang dipenuhi dengan ikan laut ... Kita perlu meredah dahulu tempat yang dipenuhi dengan hidupan darat iaitu serangga ... Pelbagai jenis serangga yang boleh kita jumpa di sini dari kecil seperti semut, haiwan di dalam tanah seperti tikus, serangga yang boleh terbang seperti rama2 dan haiwan lain seperti jenis cicak ... tujuannya tak pasti ... mungkin untuk meriah kan perjalanan kita sebelum masuk ke dalam aquaria ini ...

BILA dah masuk ke tempat yang hendak dituju rasa nak peluk je tangki ikan ni ... sebab tangki ikan ni cantik ... kalau letak kat rumah ni tiap2 hari nak tengok ...

AQUARIA ini boleh di kategorikan seperti aquarium yang besar membolehkan sesiapa yang ingin mengetahui kehidupan di dalam dasar laut ...



MAKA bermula la destinasi kita di dalam terowong Aquaria untuk melihat kehidupan laut dengan lebih dekat lagi ...

DI sini terdapat pelbagai spesis lautan yang dipamerkan di dalam aquaria ini ... Dari yang spesis yang kecil sehingga la spesis yang besar. Diantara jenis ikan yang ade ialah tuna, jerung, kala kuning, pari dan juga spesis lain seperti penyu, udang dan sotong ... selain itu juga terdapat obor2 tetapi di dalam tangki yang lain ... Aquaria yang terbesar di malaysia ini boleh dilihat dengan lebih dekat melalui terowong kaca tanpa perlu kita berjalan ... ia juga sesuai untuk kunjugan keluarga, rombongan sekolah untuk pendidikkan sekali gus sebagai salah satu destinasi pelancongan ...

























KITA juga boleh mengalami sendiri suasana kehidupan laut yang sebenar secara langsung tanpa perlu berenang ke dasarnya ... selain itu terdapat pakej yang membolehkan seseorang berenang di dalam tangki ini yang dipenuhi ikan dengan menggunakan tangki oksigen seolah olah kita berenang di dasar laut ... tetapi ada pengawasan dari pihak aquaria untuk keselamatan ... mungkin akan menjadi satu pengalaman yang begitu teruja dan menarik kerana dapat berenang bersama spesis ikan terutama bila kita dapat menyentuh jerung haiwan yang di anggap merbahaya atau ganas di dalam laut ...












PASTINYA pengalaman sebegini pasti akan tercuit di dalam kenangan kita ... sebagai rakyat malaysia kita patut berbangga kerana adanya tempat begini di dalam negara kita ...



selamat menjelajah ...

No comments: