Powered By Blogger

Search This Blog

Followers

Oct 14, 2010

Aku lah si Mat Bunga .... hehehe

BILA nak di ceritakan tentang pengalaman aku ni rasanya macam dah terlalu lama rasanya ... tapi sayang lak kalau tak kongsi pengalaman aku ni pada umum ...














TIAP tahun negara kita akan mengadakan satu festival yang boleh dibanggakan sehingga ke luar negara iaitu FESTIVAL BUNGA DAN TAMAN ... tahun ini bertempat di putrajaya ... pameran bunga ini berjaya menarik perhatian di seluruh dunia dengan cara ini para pengunjung dapat menikmati suasana taman yang menyegarkan kerana kesemua bunga yang dipamirkan adalah asli 100% ...










PELBAGAI jenis bunga dipamerkan di festival ini ... diantaranya bunga raya, bunga melur, bunga kekwa. bunga ros dan bermacam2 jenis bunga lain ... dengan ini ia berguna juga untuk pengetahuan para pelajar yang datang dari pelbagai sekolah secara rombongan untuk mengetahui tentang flora yang ada di malaysia ini ...

BAGI peminat bunga inilah kesempatan yang boleh diambil untuk mengetahui tips2 yang berguna untuk mereka ... selain itu ade juga dia jual beberapa jenis benih bunga baka baru, baja untuk pembesaran bunga, jenis tanah untuk kesesuaian tanaman bunga, peralatan berkebun dan koleksi pasu ... terdapat juga kios2 yang membolehkan pengunjung membeli cenderahati sebagai kenang2an ... selain itu ade juga dilakukan program seperti pertandingan membina taman antara sekolah dan antara universiti, melukis gambar, membina arca dan sebagainya ... untuk memeriahkan lagi hari2 festival ini terdapat juga pertunjukkan kebudayaan ...

















DENGAN kesempatan ini sempat juga aku bergambar untuk koleksi gambar aku ... jangan takut festival ini saban tahun disambut ... jadi boleh jumpa tahun depan dan tahun demi tahun ...

















No comments: