Powered By Blogger

Search This Blog

Followers

Nov 2, 2010

jom jadi monyet jap ... best tu

Kali ni ade tempat menarik yang hendak aku kongsi bersama ...

Bertempat di seksyen 8, shah alam Selangor ... terletaknya Taman Pertanian Malaysia Bukit Cahaya Seri Alam sebuah kawasan yang mempunyai taman, tempat reakriasi dan hutan terpelihara untuk aktiviti hutan ...

Jika sesiapa yang mencintai alam dan sukakan kedamaian, sinilah tempat yang sesuai dikunjungi kerana di sini menyediakan pelbagai tempat menarik yang boleh mendamaikan fikiran dan jiwa anda.

Kegiatan ini sudah lama diwujudkan dan sebagai tarikan revitalises. Taman pertanian pertama Malaysia ini dibina pada tahun 1986 dan mungkin terbesar di dunia pada 1.290 hektar ... Whoa juga menyediakan teambuilding dan teambonding kegiatan di Skytrex ...




IKUTILAH PENGALAMAN AKU SEPANJANG BERADA DI TAMAN CAHAYA INI.

Sebelum menuju ke destinasi sebenar ... kita perlu mendaftar diri untuk pengesahan pembayaran ... pada kadar bayaran yang sesuai dan cuaca yang baik dapat la kita menuju destinasi yang hendak dituju ... untuk memasuki kawasan hutan ini tiada kederaan yang dibenarkan memasuki kawasan hutan ini ... sebuah bas disediakan untuk mengangkut semua para pengunjung ke dalam kawasan hutan ini ...


Selepas menikmati permandangan ketika dalam perjalanan ... akhirnya sampai juga ke tengah hutan rimba yang nyaman ... sebelum memulakan aktiviti kami di beri borang pengisian untuk membolehkan sekiranya berlaku sesuatu pada siapa perlu di hubungi dan kami juga diberi taklimat tentang keselamatan ketika berada di dalam hutan, di atas pokok dan pantang larang ...

Sebelum memanjat ... semua peserta akan diberi sarung tangan untuk keselesaan ketika memanjat ... dan tali keselamatan yang diikat dipinggang untuk keselamatan ketika berada diatas pokok ... boleh la jadi monyet sementara ... huhuhu













pengalaman bagi aku ... sebagai budak bandar yang tak pernah memanjat ... pengalaman ini mengajar aku bagaimana cara untuk mendaki ... semasa memanjat pokok setinggi 5 meter ... hanya tuhan je yang tahu betapa azabnya ... keletihan mula terserlah bila berada di pertengahan pokok ...
bila berada dipuncak ... terasa gayat menyelubungi diri ... dengan cara ini kita perlu ade jati diri, semangat dan kekuatan untuk meneruskan perjalanan mencabar diatas pokok ... untuk bergerak pokok ke pokok ... terpaksa la mengunakan tali yang disediakan seolah olah kita mengelungsur dari 1 pokok ke pokok yang lain ... cara ini boleh menghilangkan rasa tention yang tersimpan selama ini bila dapat menjerit sekuat hati ... AAAAAAAA!!!!!!!!!!!!! ...


FUH!! ... bila nampak jaring penamat ... terasa terlepas dari azab yang menyeronokkan ... sementara nk menunggu perserta lain menamatkan destinasi mereka boleh la berehat sebentar di bawah pokok redup ... boleh terasa susasana kampung ...





Pada sesiapa tidak suka suasana pantai yang merimaskan dengan panas terik, pasir atau air ... boleh la mencuba satu satunya aktiviti yang bermandikan peluh ...

enjoy !!!



With my staff transmarco 2010 ...

No comments: